Monday, 29 May 2017

kedai makan di kedah

#1 Laksa Ikan Sekoq

Negeri utara memang terkenal dengan kepelbagaian laksa. Setiap laksa ada kelebihan yang tersendiri. Kalau di Kedah, kuah laksa sering dibuat menggunakan ikan termenung (kembung) atau ikan selayang.
laksa ikan sekoq

Kat kedai Laksa Ikan Sekoq ini, pelanggan akan dihidangkan laksa beserta seekor ikan. Kalau nak tambah telur sebiji pun boleh. Kalau anda makan laksa ikan sekoq, anda boleh tambah makan secara percuma. Biaq betui? Ha betui la. Kat Alor Setar saja ada kedai macam ni.

laksa ikan sekoq kedai
Laksa Ikan Sekoq
No.66, Rumah Kedai Perumahan Awam Mergong, Jalan Gangsa, 05150 Alor Setar, Kedah. (Tel : 012 - 439 1313 / 019-253 5457)
GPS: 6.140823, 100.363152
Waktu operasi: Isnin - Sabtu, 11.30 pagi - 7.30 malam

#2 Awi Pulut

Orang utara memang suka makan pulut. Segala macam jenis lauk boleh dimakan dengan pulut. Jika di gerai Awi Pulut yang terletak di belakang Bank Rakyat cawangan Alor Setar ini, anda boleh menikmati pulut manis ataupun savuri. Macam-macam menu pulut yang ada antaranya pulut durian, pulut kahwin, pulut ayam, pulut kuning dan pulut mangga.
pulut durian

Selain itu, gerai ini juga ada menjual menu istimewa iaitu nasi ayam berempah dan nasi ayam percik untuk mereka yang mahukan menu yang lebih berat.
awi pulut alor setar jjcm
Gerai Awi Pulut
No. 4, Gerai buah (Belakang Bank Rakyat Alor Setar), Jalan Langgar Alor, 05100 Alor Setar, Kedah (Tel : 012-5969199)
GPS: 6.1165° N, 100.3691° E
Waktu operasi : Setiap hari, 8:30 pagi sehingga habis

#3 Bite Cafe

bite cafe alor setar

Lokasi kafe yang sangat strategik ini memang menjadi tarikan pelancong yang berkunjung ke Kota Setar. Kafe ini terletak berhampiran dengan Masjid Zahir, Balai Seni, Balai Nobat dan Istana Kuning Kedah. Menu di sini pula menawarkan hidangan makanan barat dengan konsep santai chillax sambil mengunyah.
Dengar cerita meatball dia sedap mengalahkan bebola daging dari Sweden sendiri!
bite cafe alor setar pintu masuk
Bite Cafe
No. 139, Pekan Melayu (bersebelahan Masjid Zahir), 05100 Alor Setar, Kedah. (Tel: 012-500 1714)
Waktu operasi: Selasa - Ahad, 6:00 petang sehingga 12:00 malam

#4 Restoran Mikamal

Kalau datang belah utara dan tak pekena mee rebus, pasembor dan nasi kandar, memang tak lengkap lagi perjalanan anda. Di restoran ini juga terdapat hidangan ala barat seperti chicken chop, sizzling steak dan sebagainya.
mee rebus mikamal alor setar
Mee abu, mee rebus, mee goreng di sini memang sedap! Nasi kandar pun rasa original Penang.

restoran mikamal

Restoran Mikamal
No. 4, Taman Tunku Bendahara (bersebelahan Istana Anak Bukit),  Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. (Tel : 016-462 1915)
Waktu operasi : Setiap hari, 6:30 pagi hingga 9:30 malam
GPS: 6.1752° N, 100.3693° E


#5 Le' Medina Patisserie

le medina patisseri hidangan western

Kalau dah sebut patisserie, mestilah semua orang boleh agak apa keistimewaan makanan di sini. Aneka kek, pastry dan pencuci mulut lah. Tapi di sini juga ada menjual makanan lain seperti nasi lemak pandan, sup tulang dan pelbagai jenis hidangan barat.
Kalau keluar ramai-ramai dan keliru tak tahu nak pergi mana sebab macam-macam perangai kawan yang nak memilih menu ikut tekak masing-masing, boleh datang sini sebab semua jenis menu ada!
Kedai ini beroperasi di dua cawangan iaitu di Jalan Stadium dan juga di kompleks Aman Central.
kek di medina patisserie penuh kacang sedap gila

Le' Medina Patisserie
Cawangan Jalan Stadium:
No 1, Wisma Koperasi Jalan Stadium,05100 Alor Setar Kedah. (Tel : +60 4-730 2120)
Waktu operasi : Rabu - Isnin (tutup hari Selasa) 11:00 pagi - 12:00 malam
GPS: 6.131182, 100.372890
Cawangan Aman Central:
3- K02, Aman Central, Lebuhraya Darulaman, 05100 Alor Setar, Kedah
Waktu operasi: setiap hari, 10:00 pagi - 10:00 malam
GPS: 6.125180, 100.366419

Uihhh.. dan-dan rasa lapaq! Jom pi Kedah.

1 comment: