ACI SOROK
Dibeberapa tempat permainan ini dinamakan juga sebagai main sorok-sorok
atau sembunyi-sembunyi. Kanak-kanak lelaki dan perempuan amat mengemari
permainan ini, ia amat mudah dan jumlah pemain yang tidak terhad. Lebih
ramai yang bermain lebih mendatangkan keseronokan dan bertambah meriah
lagi bagi mereka.
Jenis permainan luar rumah dan memerlukan kawasan yang luas,
persekitaran rumah akan dijadikan gelanggang. Sebatang pokok atau tiang
akan dijadikan ibu atau rumah iaitu induk untuk pemain yang akan mencari
rakan mereka yang menyorok.
Undian
Sebelum permainan dijalankan, kesemua pemain akan mencari seorang
yang dinamakan pencari. Undian secara lai lai li tam plong dijalankan
kepada semua pemain.
Cara Bermain dan Peraturan
Setelah pencari ditentukan, ia hendaklah berdiri dengan menutup
matanya di rumah induk. Kiraan akan dibuat 1 hingga 100 atau kurang
bilangannya secara kuat. Setelah selesai kiraan dibuat, pencari akan
mula mencari rakan pemain lain yang menyorok disekitar kawasan yang
telah ditetapkan. Jika terdapat pemain yang menyorok diluar kawasan yang
telah ditetapkan ia dikira jadi dan akan mengambil peranan sebagi
pencari pula.
Sekiranya pencari telah menjumpai salah seorang dari mereka,
hendaklah disebut dengan kuat namanya dan dituruti dengan sebutan ibu.
Dalam masa yang sama pencari hendaklah berlari ke rumah induk serta
mencuit induk, dengan tujuan mematikan pemain yang ditemui agar pemain
itu tidak boleh mencuit induk pula. Pencarian ini akan dilakukan
berterusan hingga kesemua pemain yang menyorok ditemui.
Setelah seleasi kesemua pemain yang menyorok ditemui dan tiada
seorang pun yang dapat membantu membatalkan cuitan pencari ke rumah
induk, maka pemain yang mula-mula ditemui itu akan jadi pencari pula.
Seandainya pemain yang ditemui itu sempat mencuit terlebih dahulu
dari pencari ke rumah induk, maka pencari ini akan jadi semula sebagai
pencari dan permainan dimulakan semula. Hal yang sedemikian juga boleh
terjadi sekiranya salah seorang dari pemain mencuit rumah induk dengan
menjeritkan perkataan ibu, maka permainan akan dimulakan semula dan
pencari akan tetap memegang peranannya.
Asal Usul Batu Seremban
Batu
Serembat juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat. Permainan
ini gemar dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ia biasanya dimain secara
berkumpulan – dua orang atau lebih. Objek-objek seperti guli kaca, biji
getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek
lain yang berbentuk bulat digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini
dikenali sebagai buah. Batu seremban selalunya dimain
pada waktu lapang – di serambi rumah, di dalam rumah atau di mana sahaja
mereka mahu dengan memerlukan permukaan lantai yang rata. Pemain juga
harus duduk diatas lantai supaya ia lebih senang dimainkan. Dalam
permainan Batu Seremban, Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan
buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat
pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu
digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang
teratas dinamakan buah tujuh.
CARA BERMAIN
Buah Satu:
-
Kesemua buah hendaklah diselerakkan, berkeadaan semua buah tidak menyentuhi satu sama lain.
-
Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara.
-
Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip.
-
Perlakuan begini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip,
Buah Dua:
-
Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu.
-
Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama.
-
Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.
Buah Tiga:
-
Buah tiga ada sedikit perbezaan.
-
Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip.
-
Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.
Buah Empat:
-
Buah ibu akan dilambungkan ke udara.
-
Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah yang berada di lantai dengan serentak.
Buah Lima:
-
Buah lima akan dimainkan seperti buah empat.
-
Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempat-empat biji buah diatas lantai dengan serentak.
-
Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama, empat biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai supaya hanya buah ibu sahaja yang akan disambut.
Buah Enam:
-
Pada peringkat yang ke-enam, pemain akan pendapat sedikit perbezaan.
-
Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi buah ibu.
-
Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus ditukar dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai.
Buah Tujuh:
-
Buah tujuh adalah urutan daripada buah enam.
-
Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak.
-
Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan dikutip.
-
Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan.
-
Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan.
-
Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.
congkak
Daftar isi
Nama di berbagai daerah
Di Jawa, permainan ini lebih dikenal dengan nama congklak, dakon, dhakon atau dhakonan. Di beberapa daerah di Sumatera yang berkebudayaan Melayu, permainan ini dikenal dengan nama congkak. Di Lampung permainan ini lebih dikenal dengan nama dentuman lamban, sedangkan di Sulawesi permainan ini lebih dikenal dengan beberapa nama: Mokaotan, Maggaleceng, Aggalacang dan Nogarata.Permainan ini di Malaysia juga dikenal dengan nama congkak, sedangkan dalam bahasa Inggris permainan ini disebut Mancala.
Cara bermain
Permainan congklak dilakukan oleh dua orang. Dalam permainan mereka menggunakan papan yang dinamakan papan congklak dan 98 (14 x 7) buah biji yang dinamakan biji congklak atau buah congklak. Umumnya papan congklak terbuat dari kayu dan plastik, sedangkan bijinya terbuat dari cangkang kerang, biji-bijian, batu-batuan, kelereng atau plastik. Pada papan congklak terdapat 16 buah lobang yang terdiri atas 14 lobang kecil yang saling berhadapan dan 2 lobang besar di kedua sisinya. Setiap 7 lobang kecil di sisi pemain dan lobang besar di sisi kananya dianggap sebagai milik sang pemain.Pada awal permainan setiap lobang kecil diisi dengan tujuh buah biji. Dua orang pemain yang berhadapan, salah seorang yang memulai dapat memilih lobang yang akan diambil dan meletakkan satu ke lobang di sebelah kanannya dan seterusnya berlawanan arah jarum jam. Bila biji habis di lobang kecil yang berisi biji lainnya, ia dapat mengambil biji-biji tersebut dan melanjutkan mengisi, bila habis di lobang besar miliknya maka ia dapat melanjutkan dengan memilih lobang kecil di sisinya. Bila habis di lubang kecil di sisinya maka ia berhenti dan mengambil seluruh biji di sisi yang berhadapan. Tetapi bila berhenti di lobang kosong di sisi lawan maka ia berhenti dan tidak mendapatkan apa-apa.
Permainan dianggap selesai bila sudah tidak ada biji lagi yang dapat diambil (seluruh biji ada di lobang besar kedua pemain). Pemenangnya adalah yang mendapatkan biji terbanyak.
El Cajon, LA Casino & Spa, El Cajon, LA - MapYRO
ReplyDeleteMapYRO Hotels & Casinos · Wynn Casino 김천 출장안마 & Spa · Encore Tower Suite Parlor 안산 출장안마 · 광양 출장마사지 Encore Tower Suite Salon · Encore Resort King · 통영 출장샵 Encore Resort Two Queens · Wynn 세종특별자치 출장안마