Monday, 29 May 2017

tempat menarik di kedah

Rugi Kalau Tak Pergi 11 Tempat Percutian Menarik di Kedah Ni!


Berikut adalah destinasi di negeri Kedah yang dijangka akan menjadi destinasi percutian sebanyak 1.6 juta pengunjung sempena tahun melawat kedah 2016 ni. Negeri ini sememangnya diketahui dengan jelapang padinya yang luas dan pemandangan yang indah. Selain daripada tempat yang begitu sinonim untuk pelancong iaitu di langkawi yang sudah ramai tahu dan memang tidak dinafikan banyak tempat menarik di sana kali ini kita akan melihat di tempat lagi iaitu 11 tempat percutian menarik di Kedah.


 1)THE CARNIVAL WATER AND LAND THEME PARK, SUNGAI PETANI

Credit: 9m2zak.blogspot.com
Taman Tema air yang paling popular di Kedah terletak di Cinta Sayang & Country Golf Resort,
Sungai Petani. Jika anda penggemar sukan Golf bolehlah juga membawa keluarga bercuti disini.
Di samping itu juga Carnival Water & Theme Par, mula di buka pada tahun 2006 dengan kos bina sebanyak RM2 Juta. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini sambil beriadah bersama keluarga & rakan.

DISCOVERY ISLAND
Mempunyai kawasan permainan seperti The Sand Pit, Jungle Playground, The River Bar dan
bermacam-macam lagi termasuk taman air kolam yang cetek dan gelongsor untuk kanak-kanak.

KOLAM OMBAK BUATAN
Kolam air yang mempunyai ombak buatan sesuai untuk pengunjung dewasa merasai pengalaman
bermain dengan ombak besar. ia untuk aktiviti mencabar untuk orang dewasa dan remaja

RIVER OF ADVENTURE
Menaiki tube mandi, Berehat dan baring sambil berkuak di sepanjang 300 meter sungai buatan

WATERSLIDE
Aktiviti terjun dan slide bermula dari menara setinggi 15 meter dan panjang lorong slide adalah
140 meter.

The Carnival boleh diibaratkan sebagai satu tempat taman tema menarik di kedah seperti juga di
Gambang Waterpark Pahang dan juga taman tema yang lain.


2) LADANG ANGGUR TASIK BERIS, SIK KEDAH

Credit: www.garmin.com
Ladang Anggur Tasik Beris - Destinasi Agro Perlancongan Kedah

Ladang Anggur Tasik Beris adalah merupakan Ikon baru negeri Kedah dan daerah Sik Khususnya.
ia juga adalah merupakan satu tempat untuk di lawati yang menarik dan boleh dikategorikan sebagai
destinasi Agro-Pelancongan.

Ladang ini berkeluasan 34 ekar dan setiap tahun boleh menghasilkan 3.5tan anggur segar. Jika mahu
membeli produk buah anggur disini atau terus dari kilang seperti kordial atau jem, bolehlah kiranya
membawa keluarga melawat ke sini di Sik Kedah.

Terdapat empat jenis Buah anggur yang ditanam disini.

- BLACK OPAL
- BLACK GRAPE
- WHITE MALAGA
- LOOSE PELITE


3)MASJID ZAHIR - Antara 10  Masjid Tercantik di Dunia


Masjid ini tersenarai antara 10 Masjid tercantik di seluruh dunia. Reka bentuknya adalah sangat
berseni dan merupakan masjid yang paling lama bertapak di Alor Setar sejak  1912 Jika dilihat
pada bentuk masjid ianya menyerupai Masjid Kapitan Keling di Pulau Pinang

Destinasi nya terletak didalam bandar dan hanya berhadapan dengan bangunan pentadbiran
kerajaan Negeri dan Alor Setar I-City.


4)MENARA ALOR SETAR


Menara ini juga adalah di gunakan sebagai menara komunikasi dan merupakan antara menara
tertinggi di Malaysia. Waktu operasi adalah dari 9.00 pagi hingga 10 malam dan harga masuk bagi
dewasa adalah RM8 dan kanak-kanak RM4.

RESTORAN BERPUTAR SERI ANGKASA
Konsep Restoran adalah sama seperti restoran berputar Menara KL, Tempat makanan adalah
sangat menarik sambil boleh melihat pemandangan bandar Alor Setar,

OBSERVATION AREA
Terletak 5 Teropong/ Binokular automatik membolehkan anda melihat pemandangan yang jauh.
Jika anda berkunjung ke Alor Setar menara ini adalah termasuk didalam tempat wajib harus di
kunjungi.


5)KOLAM AIR PANAS, ULU LENGGONG BALING

Credit: www.kisahatie.com
Destinasi kolam Air Panas yang terletak kira-kira 20 km dari baling dan merupakan salah satu
tempat tumpuan pelancong yang terkenal di kedah dan tempat dibuka di buka 24 Jam sehari
Ulu Legong Hot Spring diselenggarakan oleh jabatan Pelancongan dan Rekreasi Majlis Daerah
Baling dan mempunyai 5 buah kolam air panas dimana mengandungi kandungan sulfur di dalam
air dan suhu adalah di antara 30-60 Darjah celcius.

Dengan kandungan air panas yang semulajadi, adalah dipercayai ianya boleh mengubat penyakit
kulit dan juga bagus untuk kesihatan.

Harga Tiket Kolam Air Panas Ulu Lenggong ialah RM6 warga tempatan dewasa dan RM 3 kanak-
kanak warga tempatan, manakala Warga asing RM10 Dewasa dan RM6 Kanak2. OKU dan Warga
Emas adalah RM4.

Penginapan Chalet disini juga merangkumi pelbagai jenis mengikut perbelanjaan anda, sama ada
bajet, yang mewah dan boleh juga secara Camping. ( Khemah ).


6)GALERI TUMAH KELAHIRAN TUN MAHATIR MOHAMMAD

Credit: ww.penbiru.com
Antara Destinasi bersejarah di Alor Setar Kedah adalah Galeri Rumah Kelahiran Perdana Menteri
ke empat iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad. di sini banyak maklumat berguna dan bersejarah
selain daripada galeri bergambar mengenai Dr Mahathir.

Galeri di sini banyak menceritakan kehidupan Tun Dr Mahathir dari kecil, menjadi doktor di alor
setar, menjadi Perdana Menteri sehinggalah sekarang.

Didalam satu lagi bangunan disini, anda boleh melihat dan mempelajari dengan dekat karier tun
sebagai ahli politik bermula dari ahli UMNO di kedah sehinggalah ke hari pertama beliau menyandang jawatan Perdana Menteri pada tahun 1981.


7)MUZIUM PADI KEDAH

Credit: www.panoramio.com
Terletak kira-kira 10 Kilometer daripada bandar Alor Setar dan ianya siap dibina pada tahun 2014,
ianya menawarkan pameran berinformasi tentang tanaman padi yang asal sejak dari zaman dahulu.
selain daripada pameran di atas muzium padi kedah ini terletaknya satu aras yang berpusing 360
darjah, yang menunjukkan sekitar sawah padi.


8)KOMPLEKS PEKAN RIBU


Terletak tidak jauh daripada Menara Alor Setar, Kompleks Pekan Rabu adalah tempat untuk membeli
belah di Alor Setar yang unik untuk di terjah oleh pengunjung dan juga pelancong. Disini anda boleh
mencari pelbagai jenis  makanan tradisional Orang Kedah antaranya contoh seperti Kuih Muih, Kerepek, Kuah Rojak, Ikan Pekasam, dan sebagainya

Selain makanan banyak juga barangan lain di kompleks ini termasuk kedai buku, hiasan, pakaian dan
juga lain-lain barangan harian.


9)PANTAI MERDEKA & TANJUNG DAWAI 

Credit: budakletrik.blogspot.com
Pantai Merdeka dan Tanjung dawai adalah antara destinasi popular di kedah, ianya juga ada di
kaitkan dengan lagu rock yang popular “ Cinta Pantai Merdeka “

Sekiranya anda ingin melihat tempat menarik menarik di kedah di tepi pantai maka inilah tempat
yang paling sesuai.


10)GUNUNG JERAI

Credit: www.kedahnews.com
Bagi mereka yang mahukan percutian di kedah ke kawasan yang nyaman dan sejuk bolehlah singgah
di Gunung Jerai. Pemandangan disini adalah sangat cantik dan indah dan di hiasi dengan sawah padi
yang luas terbentang.

Credit: www.tripadvisor.com
Bagi mereka yang ingin menginap dan bermalam di gunung jerai maka anda bolehlah ke The Regency Jerai Hill Resort, dan jangan lupa untuk melihat pemandangan cantik matahari terbenam. disini juga tersedia gerai cenderahati, kemudahan tandas awam, dan kawasan lapang yang mudah di akses dengan kenderaan anda. bagi yang menggemari aktiviti hutan, pihak pengurusan ada menawarkan aktiviti menarik untuk anda.


11)MUZIUM ARKELOGI LEMBAH BUJANG


Muzium Arkeologi Lembah Bujang terletak berhampiran dengan Sungai Batu, Bukit Batu Pahat, Merbok, Kedah. Muzium ini ditadbir oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Kompleks arkeologi ini seluas tiga kilometer persegi . Ia terletak dalam kawasan ladang kelapa sawit.Terdapat 97 tapak kajian yang menjadi kunci untuk membuka sejarah tamadun awal negara.

Muzium ini memaparkan perspektif sejarah arkeologi, antropologi dan sosiologi masyarakat Melayu yang tinggi dan lama di Asia Tenggara.Muzium ini terletak di tengah-tengah pusat penempatan , perdagangan dan pembangunan tamadun yang terawal di Semenanjung Tanah Melayu dengan monumen dan batu bersurat berusia lebih 1,900 tahun ditemui oleh sekumpulan ahli arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM). Ia kemudiannya berlanjutan sehingga kepada "Empayar Sri Vijaya".

Kompleks muzium ini menyimpan pelbagai khazanah dan pusaka bersejarah yang menjadi bukti bahawa Kedah merupakan salah satu negeri tertua dalam rantau ini, yang dipercayai wujud sejak tahun 110 Masehi. Muzium Arkeologi Lembah Bujang ini dibina pada tahun 1978.

Muzium Arkeologi Lembah Bujang dibuka kepada orang ramai pada hari Isnin hingga Sabtu dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Sebenarnya banyak lagi kalau nak disenaraikan tempat percutian menarik di Kedah ni, ia bergantung kepada minat anda, nak susana pantai, suasana laut atau hanya nak makan-makan sahaja. Di lain entri kita akan kongsikan lagi tempat-tempat menarik yang lain. Ada masa kita Travelje ya...

1 comment:

  1. Best 5 Youtube Channels For Streaming YouTube Content
    Youtube Channels for Streaming YouTube Content · YouTube Channels · YouTube Channels · YouTube Channels · YouTube Channels · YouTube Channels · YouTube youtube to mp3 downloader Channels · YouTube Channels

    ReplyDelete