AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK DI KEDAH
SPORT-TOURISM
1) Paragliding
Gunung
Jerai yang disajikan panorama indah telah menarik minat ahli sukan
luncur udara. Kira-kira 1200 kaki dari aras laut adalah ketinggian bagi
tapak 'Tack Off' para sukan luncur udara. 'Take Off' Gunung Jerai adalah
yang terbaik di Semenanjung Malaysia.
2) Jungle Tracking Tangga Kenari -1000 Tahun
Letaknya
di Peranginan Titi Hayun dan jaraknya 3.4 km dari Pekan Yan. Tercatat
dalam lipatan sejarah pada 28 April 1997 kerja-kerja merintis dan
membersih laluan dimulakan. Ini adalah atas ilham YBhg Tan Seri Dato'
Seri Sanusi bin Junid sebagai Menteri Besar ketika itu berkonsep Mental,
Jasad dan Roh (MENJARO). Sebanyak 1334 anak tangga dibina bermula dari
Titi Hayun hingga ke The Regency Jerai Hill Resort (Kedah Resort ketika
itu) melalui denai hutan kompartmen 20 dan 21 Hutan simpan Gunung Jerai
sejauh 5 km. Pendakian mengambil masa 3 hingga 4 jam.
3) Yan Fishing Safari
Daerah
Yan mempunyai gugusan pulau iaitu Pulau Songsong, Pulau Telor, Pulau
Bidan, Pulau Bunting dan TUAS untuk "Kaki Pancing" Mereka terdiri dari
luar negeri Kedah boleh menginap/ menyewa Chalet/Homestays di sekitar
dan pergerakan ke Tuas boleh melalui pintu Kuala Sungai Udang atau
Dulang Kechil dengan kadar harga berpatutan.
EDUCATION-TOURISM
Pelancongan
yang berteraskan "Edu-Tourism" melibatkan pihak-pihak perseorangan dan
swasta. Pada masa kini Daerah Yan mempunyai beberapa buah kem / Nature
Park seperti Kem Kenari Nature Park di Kg. Acheh, Kem Palas, Alang
Kenari Chalet, Puteri Ayu Chalet, KAMC Managemant Centre, Neo Era dan
D'Yan Chalet di Jalan Titi Hayun yang menawarkan aktiviti-aktiviti
seperti: Perkhemahan Bina Semangat, Kem Kecemerlangan Pendidikan Pelajar
dan Aktiviti Lasak seperti River Cross, Survival dan Fliying Fox.
No comments:
Post a Comment